Anda peminat filem seram? Into filem seram dari negara seberang?

Filem ini mengisahkan tentang Tantri, seorang mahasiswi baru yang tinggal di sebuah hostel di mana berlakunya banyak kejadian misteri. Senior di kampus iaitu Asta, Fey & Reza curiga dengan Tantri yang mempunyai kelebihan melihat makhluk halus selepas Tantri menetap di bilik Arum, mahasiswi yang hilang tahun sebelumnya.
Semasa Tantri dan rakan-rakannya cuba mencari Arum, mereka menemukan sebuah buku mantra. Apa yang terjadi selepas itu? Adakah Arum dapat dijumpai?

Filem ini arahan Dyan Sunu Prastowo yang pernah mengarahkan filem antaranya Tentang Rindu serta Satu untuk Selamanya. Mantra Surugana menampilkan pelakon-pelakon muda antaranya Sitha Marino, Cindy Nirmala, Rania Putrisari, Fergie Brittany, Shabrina Luna dan Rafael Adwel serta ramai lagi.
Banyak close up shot yang digunakan dalam filem ini dan anda boleh jangkakan banyak jumpscare serta beberapa scene yang agak gore, so be prepared!

Mantra yang disebut dalam bahasa Sunda ini pasti akan membuatkan anda meremang dalam panggung wayang. Tonton Mantra Surugana yang mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 2 November 2023.
*images from Antenna Entertainment