Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Mara Career Crafting 2026 sedia lebih 1,500 peluang pekerjaan

today25 September 2026

Background


PETALING JAYA – Lebih 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Mara Career Crafting 2026 Southern Chapter yang berlangsung selama dua hari di TVETMara Johor Bahru, pada 26 dan 27 September ini.

Program anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperluas akses kepada peluang pekerjaan berkualiti, khususnya dalam bidang profesional dan berkemahiran tinggi.

Penganjuran program ini turut bersempena sambutan ulang tahun ke-60 Mara dan disempurnakan menerusi sesi tinjauan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara, Zahari Aziz.

Menerusi satu kenyataan, Mara berkata, pihakanya menyasarkan seramai 5,000 pengunjung menghadiri program berkenaan yang terdiri daripada graduan Institusi Pendidikan Mara (IPMA), institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), lepasan SPM serta orang awam yang sedang mencari peluang kerjaya.

“Peluang pekerjaan yang ditawarkan menyasarkan pemegang Sijil dan ke atas,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post