Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Marc Marquez Kuasai GP San Marino, Muncul Pendahulu Baharu MotoGP 2026

today13 September 2026

Background
Marc Marquez


Pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez meraih kemenangan penting dalam GP San Marino sebentar tadi untuk mengambil alih pendahulu kejuaraan MotoGP 2026.

Pelumba kelahiran Sepanyol itu berada di hadapan adiknya, Alex dan Pedro Acosta, manakala wira tempatan Marco Bezzecchi pula terbabas ketika mendahului pada pusingan pertama.

Marc Marquez Sukar Digugat

Bezzecchi bermula dari petak pertama dan terus mendahului perlumbaan, sekali gus dilihat berpeluang meraih kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila pelumba kelahiran Rimini tersebut terbabas sebelum sempat menamatkan pusingan pertama. Keadaan itu membolehkan Marc Marquez mengambil alih kedudukan pertama, dengan Jorge Martin berada tidak jauh di belakang.

Martin memintas Marquez pada pusingan ketujuh untuk mengambil alih kedudukan pertama. Namun, juara dunia sembilan kali itu bangkit dan kembali mendahului lima pusingan kemudian.

Sementara itu, Alex Marquez…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Stadium MBPJ kembali ‘hidup’

Kuala Lumpur: Selepas sunyi sepi dalam aksi sebelum ini, 'rumah' Selangor FC iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kembali bergegar dengan sorakan penyokong pada aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur (KL) City, malam ini.

today13 September 2026