Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Marea mulakan inisiatif fasa kedua EPR di Langkawi

today8 November 2023

Background


PETALING JAYA – Malaysian Recycling Alliance (Marea) telah bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memulakan fasa kedua dalam projek sulung dalam inisiatif Extended Producer Responsibility (EPR) di Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roberto Benetello berkata, untuk fasa kedua, projek ini akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pengurusan sisa dan kitar semula di Langkawi, yang mana ia melibatkan kawasan di Taman Sri Aman, Kampung Padang Putih, Simfoni Beliza Apartment dan juga Taman Dahlia.

“Ia melibatkan lebih daripada 1,300 isi rumah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Benetello, pelancaran fasa kedua projek itu telah  melibatkan pelbagai aktiviti menarik untuk menggalakkan lebih ramai penduduk di kawasan berkenaan menyertainya.

“Inisiatif ini akan dapat mengalakkan komuniti terlibat sama dalam pengurusan sisa sekali gus dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post