Kool FM

Maryam Arsyifa Berjaya Kumpul RM200,000 Untuk Pembedahan


Dana sebanyak RM200,000 bagi menampung kos rawatan kanak-kanak berusia dua tahun bernama Maryam Arsyifa yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Maryam Arsyifa Perlukan RM200,000 Jalani Pembedahan Hati, Ayah Jadi Penderma

Rakyat Malaysia prihatin

Menerusi perkongsian di TikTok Nadi Permata Malaysia, kutipan tersebut berjaya mencapai sasaran selepas kisah Maryam mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan luar biasa daripada semua, dana pembedahan adik Maryam telah mencukupi dan kutipan rasmi kini ditutup.

Terima kasih kepada semua yang sudi membantu, berkongsi kisah Maryam, tinggalkan komen, tag kawan-kawan dan tak pernah putus mendoakan Maryam.

Menerusi perkongsian sama, Maryam kini dalam persiapan untuk dibawa ke China bagi menjalani pembedahan hati dalam masa terdekat.

Sekarang, kami sedang berusaha untuk membawa Maryam ke China secepat mungkin sementara proses…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version