Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Maryam Risau Dengan Rina, Perlu Sesuaikan Diri Sebagai Muslim Di Korea Selatan

today5 January 2026

Background
[VIDEO] Maryam Risau Dengan Rina, Perlu Sesuaikan Diri Sebagai Muslim Di Korea Selatan


Personaliti media sosial, Maryam Younarae meluahkan kebimbingan sebagai seorang ibu apabila melihat anak sulungnya, Rina perlu menyesuaikan diri sebagai muslim di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: Ryzal & Maryam Kongsi Cabaran Dapatkan Sijil Halal, Kena ‘Scam’ RM10,000 Dengan Konsultan

Artikel Berkaitan: ‘Elakkan Bergaduh Depan Anak, Jangan Jadikan Penat Sebagai Alasan’ – Ryzal Ibrahim

Risau

Menerusi perkongsian di Instagram, Maryam berkata dia khuatir Rina akan tertanya-tanya mengapa ada makanan yang tidak boleh dimakannya.

Bagaimanapun, Maryam menarik nafas lega apabila berlaku satu situasi yang menunjukkan Rina seakan sudah mula memahami agamanya.

Setiap kali datang ke Korea ada rasa kerisauan dalam hati saya, ‘Bagaimana kalau suatu hari nanti dia berasa sedih melihat orang lain makan makanan yang dia tidak boleh makan?’.

Tetapi hari ini, dia periksa sendiri, faham dan letakkan makanan itu semula di rak kedai.

Kemudian, dia jumpa snek yang boleh dimakan dan senyum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post