Menerusi video daripada @zulhadi.__, kelihatan dia semasa itu sedang membuat persembahan menyanyi sambil bermain gitar buat kedua pasangan mempelai.
Namun, selepas itu pengantin lelaki meminta untuk dia menyanyikan lagu daripada kumpulan Indonesia iaitu Puspa berjudul ST12.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia dengan tidak sengaja memandang ke arah pengantin perempuan ketika lirik sedih, “walau ku tahu, bahwa dirimu sudah ada yang punya.” Malah, pengantin perempuan itu turut memandangnya juga.
Situasi itu membuatkan dia cepat-cepat menoleh dan berfikir macam-macam sambil mempersoalkan mengapa dia tiba-tiba terpandang pengantin perempuan tersebut.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: