Hanya beberapa hari selepas mengumumkan kehadiran Hansi Flick bagi menggantikan Xavi Hernandez, Barcelona sudah berdepan masalah berikutan kemelut kewangan pasukan.
Berikutan masalah tersebut, The Blaugrana dikatakan bergelut untuk mendaftarkan pengurus baharu itu bersama barisan kejurulatihannya.
Baca Juga:
Perkembangan terkini mengenai perkara tersebut disahkan sumber laporan media Sepanyol, Marca.
Isu kewangan yang kian meruncing dihadapi Barcelona bukan lagi rahsia buat semua sejak beberapa musim kebelakangan ini dan terbaharu, mereka masih tidak dapat untuk mendaftarkan pengendali kelahiran Jerman itu.
Ia bagaimanapun bukanlah perkara baharu buat Barcelona kerana pada musim lalu beberapa pemain agak lambat untuk didaftarkan hingga ada yang tidak memiliki nombor jersi walaupun sudah ditandatangani kelab itu.
Dalam usaha meringankan beban tersebut, Barcelona telah menjual 49 peratus pegangan saham Barca…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: