Kes uri melekat pada rahim selepas melahirkan anak merupakan masalah yang jarang berlaku. Namun, masalah uri melekat boleh meragut nyawa ibu selepas kelahiran akibat tumpah darah yang teruk, sekiranya ia benar-benar terjadi.
Melalui maklumat dari Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, masalah ini boleh terjadi dalam dua keadaan, sama ada keseluruhan uri tersebut atau hanya secebis sahaja yang melekat.
Baca juga: Ambil Tahu 4 Hal Ini Sebelum Bersenggama Lepas Keguguran, Jangan Terus Buat Je!
MASALAH URI MELEKAT PADA RAHIM
Bersumberkan Hello Doktor, uri melekat pada rahim merupakan salah satu penyebab utama tumpah darah selepas bersalin. Hal ini kerana, rahim tidak mengecut dan kemudiannya menyebabkan tumpah darah.
Kebiasaannya, uri atau plasenta akan keluar daripada rahim secara semula jadi setelah bayi dilahirkan. Jadi, masalah uri melekat berlaku apabila plasenta ini tidak keluar dengan sendirinya selepas ibu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
