
PETALING JAYA – Di sebalik kejayaan lahirnya ramai jutawan dalam industri pembangunan produk buatan tempatan dengan jenama yang komprehensif dan diyakini ramai, faktor penentu utamanya adalah daripada kilang pengeluaran yang cukup kemudahan, inovasi serta inisiatif dalam kajian dan pembangunan (R&D) serta pensijilan.
Bersandarkan faktor tersebut, Masha Group telah menjadi pilihan utama banyak syarikat tempatan termasuk selebriti yang terlibat dalam bidang perniagaan kerana ia memiliki pengalaman luas dalam bidang tersebut.
Diasaskan lebih sedekad lalu, Kumpulan itu menjadi antara syarikat OEM paling dipercayai di Malaysia dengan rekod mengeluarkan lebih 500 jenama berjaya dibangunkan merangkumi produk penjagaan kulit, suplemen kesihatan, kosmetik dan solekan, penjagaan badan serta penjagaan rambut.
Pengasasnya, Enica Foong berkata, kejayaan dicapai hari ini bukan datang dalam tempoh singkat, sebaliknya dibina bermula daripada bawah dengan visi mahu membantu lebih ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: