
Penjaga gol Kuching City FC, Haziq Nadzli menegaskan skuad The Cats masih mempunyai ruang untuk bangkit pada pertemuan kedua Separuh Akhir Piala FA 2025-2026 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Walaupun tewas 2-1 pada aksi pertama di Stadium Negeri, Haziq percaya perjalanan mereka belum berakhir dan apa sahaja masih boleh berlaku dalam 90 minit yang akan datang.
Baca Juga:
Mengulas aksi di Kuching tempoh hari, Haziq mengakui keputusan itu agak mengecewakan, namun tetap bangga dengan disiplin serta komitmen rakan-rakan sepasukannya.
“Walaupun kalah di tempat sendiri, tapi saya tetap bangga dengan kawan-kawan sebab bagi fokus yang bagus. Kita berjuang sehabis baik hingga wisel penamat ditiupkan, tetapi rezeki tidak berpihak kepada Kuching City,” katanya.
Penjaga gol kebangsaan itu menekankan bahawa persembahan mantap yang ditunjukkan dalam perlawanan pertama harus dijadikan batu loncatan untuk pertembungan di SSI…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: