Penyerang kelahiran Paraguay, Roque Santa Cruz mungkin satu nama yang semakin dilupakan oleh para penyokong bola sepak dunia.
Ketika zaman kegemilangannya, Santa Cruz cemerlang sewaktu menyarung jersi Bayern Munich dan kemudiannya berkelana ke English Premier League (EPL) untuk bersama Blackburn Rovers dan Manchester City.
Baca Juga:

Kini pada usia yang bakal mencecah 40 tahun pada 16 Ogos nanti, beliau masih lagi mengerah kudrat untuk beraksi dalam saingan Paraguay Primera Division.
Apa yang lagi penting buat Santa Cruz, sentuhan penyudahnya nyata masih belum hilang sepenuhnya dalam merobek gawang lawan di pentas liga utama.
Beliau yang turut bertindak selaku kapten pendahulu saingan liga, Club Libertad telah menjaringkan dua gol dalam enam penampilan musim ini.

Walaupun faktor usia semakin membatasi pergerakan serta aksinya dalam padang, Santa Cruz telah membuat 39 penampilan dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: