Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Masih Sama, Ia Membosankan’ – CEO Nothing Tidak Teruja Dengan iPhone 15

today20 September 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Siri iPhone 15 telah pun diperkenalkan secara rasmi pada mingga lalu, Carl Pei selaku Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif turut memberikan reaksi terhadap pengumuman kali ini.

Artikel Berkaitan:

Carl Pei memaklumkan tidak menonton secara langsung pelancaran itu tetapi sekadar mengikutinya di media sosial. Beliau menyimpulkan bahawa iPhone 15 sebagai membosankan.

“Itu yang sama, ia membosankan”, ujar Carl Pei di dalam video reaksi terbaharu di YouTube.

Bagaimanapun beliau berpendapat, jika anda sudah memiliki iPhone terdahulu yang sudah berusia beberapa tahun, maka sudah pastilah model terkini adalah lebih baik untuk menaik taraf iPhone.

Beliau juga berpendapat iPhone 15 ini masih melakukan perkara yang sama tetapi lebih baik sedikit. Malah, beliau turut berseloroh mengatakan syarikat yang lebih kecil perlu memimpin perubahan memandangkan syarikat gergasi masih kekal di tampuk lama.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post