
PETALING JAYA – Master Tec Group Berhad (Master Tec), pemain utama dalam pembuatan dan pengedaran kabel kuasa, kawalan dan instrumentasi, mengakhiri suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2025 (S4 TK2025) dengan satu lagi prestasi kukuh.
Hasil bagi suku tersebut adalah sebanyak RM124.52 juta, naik sebanyak 29.1 peratus berbanding RM96.42 juta suku keempat tahun 2024 dipacu oleh kekuatan berterusan dalam operasi pembuatan terasnya.
Pengarah Eksekutif Master Tec, Tee Kok Hwa berkata, keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat mendadak sebanyak 124.6 peratus kepada RM15.33 juta berbanding RM6.83 juta pada suku keempat tahun kewangan 2024.
Menurutnya, keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat kepada RM8.29 juta daripada RM7.45 juta sebelumnya, mencerminkan peningkatan operasi daripada pangkalan pembuatan yang diperluas.
“Tahun 2025 menandakan tahun transformasi untuk syarikat yanga mana pendapatan dan pertumbuhan PBT kukuh mencerminkan kebolehskalaan platform pembuatan …
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: