Abdul Halim yang bertugas sebagai pegawai di Unit Korporat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu, berkata acara berkenaan turut diraikan bersama isteri, anak dan ahli keluarga lain yang teruja dan menghormati tradisi nenek moyang mereka meskipun berbeza agama.
Sementara itu, Nur Khaalishah Shandlaysnie, 38, pula berkata, selepas memeluk Islam pada 2018, setiap tahun dia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dan tradisi ‘makan besar’ bersama rakan mualaf daripada pelbagai bangsa.
Beliau yang berumahtangga dengan lelaki tempatan, berkata acara ‘makan besar’ yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua setiap kali menyambut perayaan Tahun Baharu Cina memberi kesan mendalam dalam dirinya.
“Saya berhijrah ke Terengganu pada 2017 dan memeluk Islam setahun kemudian. Dengan menyertai tradisi ‘makan besar’ bersama rakan mualaf, ia banyak membantu saya menyesuaikan diri, selain mempelajari banyak perkara berkaitan Islam.
“Dalam kalangan mualaf, ramai yang arif dan bergelar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: