Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pada hari ini ramai menggunakan platform ‘Live’ TikTok sebagai salah satu cara untuk membuat jualan online atau berkongsi hobi yang dibuat bersama-sama penonton.
Artikel Berkaitan:
Bagaimanapun pemilik akaun TikTok ‘Adam Kilat’ yang baru berusia 14 tahun menjadi bualan netizen apabila dia ada membuat provokasi dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada pihak polis untuk menangkap dirinya di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) menerusi Live TikTok.
Semasa aksi kejar-mengejar berlaku, pelajar tingkatan dua itu berusaha melarikan diri semasa dikejar polis. Manakala rakan yang membonceng di belakangnya terus berkongsikan rakaman live sambil ditonton oleh ribuan pengguna TikTok.
seorang mat rempit yg dikenali “adam kilat” mengeluarkan kata-kata kurang enak dan mencabar polis untuk menangkap dirinya di Lebuhraya BKE menerusi TikTok secara ‘live’. Adegan kejar-mengejar berlaku dan akhirnya suspek tewas ditahan malam tadi..
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
