Site icon Kool FM

Mat Yo Dahagakan Satu Piala Untuk Dimenangi




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Penyerang baharu Melaka United FC, Norshahrul Idlan Talaha mengakui rindu untuk mendakap trofi selepas kali terakhir merasai kejuaraan dalam Liga Malaysia pada musim 2018.

Dia yang memilih untuk menukar haluan daripada Sarawak United FC ke Melaka pada musim ini menyifatkan usianya yang mencecah 36 tahun masih belum terlambat untuk kembali merasai trofi di pentas Liga Super.

Kejayaan terakhir yang diraihnya ketika beraksi dengan Pahang yang dinobatkan juara Piala FA 2018 sebelum mencipta sejarah tersendiri pada musim 2021 apabila menjuarai Thai League 1 bagi musim 2020/2021 ketika bersama BG Pathum United.

Namun, bekas pemain Kelantan ini juga tidak menolak akan memberikan sehabis baik untuk membantu skuad Hang Tuah dalam menghadirkan pertarungan sengit pada musim ini.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Melaka United kerana sudi menerima saya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version