Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Mata Tajam” – Isteri Curiga Kelibat Awek Dalam Spek Mata Suami, Sekali Ada Plot Twist

today10 November 2021

Background


Menerusi video yang dimuat naik oleh @roserosanne13, kelihatan dia sedang bermesej melalui WhatsApp dengan suaminya yang pergi bercuti di sebuah pulau bersama kawan-kawannya.

Pada mulanya, si suami hanya menghantar sekeping selfie dan memberitahu isterinya dia sudah ingin bertolak ke pulau dengan menaiki speed boat.

Namun, isterinya terperasan kelibat bayang seorang wanita yang memakai tudung berwarna pink melalui pantulan cermin mata hitam suaminya. dan spontan bertanya “siapa tu, awek ke?”.

Tetapi, rupa-rupanya itu merupakan seorang lelaki iaitu kawan suaminya yang kebetulan memakai tuala berwarna pink. Si suami kemudian menghantar semula gambarnya bersama ‘awek’ yang dimaksudkan oleh isterinya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post