Menerusi perkongsian video daripada seorang pengguna di TikTok iaitu @norasni31, kanak-kanak yang dikenali sebagai Iman itu juga dikatakan sanggup makan dan tidur di lantai wad bagi memastikan ibunya berada dalam keadaan selesa.
“Ni adik Iman, umur 12 tahun. Anak tunggal. Sepanjang aku berada di sini, dia sorang-sorang jaga ibu dia yang terkena strok.
“Tak duduk diam dia untuk memastikan ibunya betul-betul dalam keadaan selesa. Dia yang akan tukarkan pampers ibu dia, lapkan badan ibu dia. Dia buat sendiri tanpa ada bantuan sesiapa,” katanya.
“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun. Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.
“Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dik,” katanya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
