SEREMBAN – Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) akan menganjurkan kempen sempena sambutan Tahun Baharu Cina bertemakan The Roaring Dragon bermula hujung minggu ini sehingga minggu hadapan.
Ketua Bahagian Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, sempena acara tersebut, pelbagai persembahan warisan dan kebudayaan masyarakat Cina akan dipertontonkan kepada pengunjung pada Sabtu dan Ahad bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini.
“Berdasarkan kejayaan acara pada musim perayaan sebelum ini, kami sangat teruja untuk tampil dengan tema The Roaring Dragon untuk sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

“Ia adalah peluang untuk kami memberi penghormatan kepada warisan budaya masyarakat Cina yang kaya dan mencipta suasana meriah yang menghimpunkan orang ramai dalam perayaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut Kok Yee, pihak Matrix Concepts akan terus komited memupuk semangat perpaduan dalam kalangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
