Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Matrix Concepts meterai perjanjian pembangunan tanah 1,000 ekar di MVV 2.0

today19 June 2024

Background


PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Megah Sedaya Sdn. Bhd. telah memeterai perjanjian pembangunan tanah baharu bersama NS Corporation (NS Corp) seluas 1,000 ekar (404 hektar) di koridor pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0.

Perjanjian tersebut, susulan pembelian tanah seluas 1,382 ekar (559 hektar) yang terletak bersebelahan pada Ogos 2022 bakal menjadi pemangkin pertumbuhan utama Kumpulan, selain menggariskan komitmennya dalam memacu pembangunan lestari berimpak tinggi.

Di bawah perjanjian pembangunan tanah, NS Corp memberikan hak pembangunan kepada Megah Sedaya Sdn. Bhd., sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang akan bertindak sebagai pemaju induk tanah baharu itu dengan pertimbangan nilai RM435.6 juta.

Majlis sama turut menyaksikan Matrix Concepts dan NS Corp menandatangani perjanjian usaha sama strategik (SJVA) berstruktur sama dengan perjanjian tanah seluas 1,382 ekar sebelumnya, bersamaan asas ekuiti 85:15, dengan Matrix…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post