PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) merekodkan pertumbuhan 35.5 peratus jualan hartanah baharu kepada RM356.7 juta bagi suku ketiga tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Disember 2021.
Peningkatan itu disokong permintaan kukuh untuk projek pembangunan utamanya di Sendayan, Negeri Sembilan.
Secara kumulatif, untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2022, jualan hartanah Matrix Concepts meningkat 15.3 peratus untuk mencapai RM998 juta, bersamaan 83.2 peratus daripada sasaran jualan tahunannya pada RM1.2 bilion.
Kumpulan turut mengumumkan, dividen interim ketiga sebanyak 3.75 sen sesaham, iaitu 52.9 peratus daripada keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM59.1 juta bagi suku ketiga.

Ditambah dengan dividen interim sebanyak dua sen dan tiga sen sebelum ini, jumlah pembayaran dividen untuk tempoh sembilan bulan pertama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
