GEORGE TOWN – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang menyasarkan jualan pakej pelancongan berjumlah RM78 juta pada MATTA Fair Pulau Pinang yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini pada 24 dan 25 Mei ini.
Presiden MATTA, Nigel Wong berkata, sebanyak 270 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Pulau Pinang bersedia untuk menemui pelanggan yang mencari pakej pelancongan idaman masing-masing.
“Pada tahun ini kami menyasarkan jualan sehingga RM78 juta dengan jumlah pengunjung dijangka sekitar 45,000.
“Kami yakin jumlah ini adalah realistik untuk dicapai memandangkan tahun lalu jumlah jualan yang berjaya dicapai ialah RM35 juta dengan pengunjung sekitar 40,000 orang,” katanya dalam sidang akhbar Matta Fair Penang 2025, di sini hari ini.
Menurut Nigel, buat pertama kali dalam sejarah MATTA Fair Pulau Pinang, seksyen bahagian domestik akan diperkenalkan khusus untuk menonjolkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: