Site icon Kool FM

Mavcom buat pemeriksaan mengejut di KLIA, KLIA2


PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menjalankan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) sebagai persediaan menghadapi waktu sibuk bagi perjalanan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Pemeriksaan tersebut bertujuan untuk menilai kesiapsiagaan operasi syarikat-syarikat penerbangan dan lapangan terbang terutamanya pada musim-musim perayaan atau cuti di mana trafik penumpang dijangka meningkat.

Pemeriksaan tersebut dilaksanakan susulan kelulusan daripada suruhanjaya terhadap permohonan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk 316 penerbangan tambahan bagi tempoh 18 hingga 31 Januari 2023. 

Semalam, Mavcom  telah mengeluarkan surat peringatan kepada semua syarikat-syarikat penerbangan tempatan supaya mematuhi jadual penerbangan dan slot-slot yang diluluskan.

Pemeriksaan tersebut disertai oleh anggota-anggota suruhanjaya, ahli-ahli Jawatankuasa Perlindungan Pengguna serta Pengurusan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version