PETALING JAYA – Prestasi trafik penumpang udara Malaysia bagi Februari 2025 adalah 8.7 juta pengguna penerbangan, iaitu peningkatan sebanyak 6.9 peratus tahun-ke-tahun (YoY) berbanding Februari 2024.
Walaupun terdapat penurunan sebanyak 5.9 peratus bulan-ke-bulan (MoM) dari Januari tahun ini disebabkan oleh permintaan perjalanan yang kembali normal selepas perayaan Tahun Baharu Cina, namun permintaan keseluruhan kekal kukuh, didorong oleh peningkatan kesalinghubungan, pengecualian visa serta tempoh cuti sekolah yang masih berterusan.
Sehingga kini, sebanyak 17.9 juta pengguna penerbangan telah melalui lapangan terbang di Malaysia.
Mavcom meramalkan bahawa jumlah keseluruhan trafik penumpang udara bagi tahun 2025 berada dalam julat antara 105.8 juta hingga 112.9 juta, sekali gus mengukuhkan momentum berterusan dalam sektor penerbangan.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, prestasi kedudukan sektor penerbangan Malaysia dalam landasan pemulihan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
