Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Mavcom umum pindaan Caj Perkhidmatan Penerbangan

today12 March 2024

Background


PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) hari ini mengumumkan pindaan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk Tempoh Kawal Selia Pertama (RP1), bermula dari 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2026.

Menurutnya dalam satu kenyataan, pengumuman kadar pindaan itu bertujuan menyokong pemulihan dan penyesuaian sektor penerbangan dalam persekitaran pasca-pandemik Covid-19.

“Pindaan ini merupakan tanggungjawab Mavcom dalam pengawalseliaan ekonomi Caj Perkhidmatan Penerbangan (ASC) di Malaysia di bawah seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], yang merangkumi kuasa untuk menetapkan caj perkhidmatan penerbangan seperti PSC, serta caj pendaratan dan parkir pesawat, antara lain.

“Pindaan PSC ini dibuat selepas proses perundingan menyeluruh bermula 2021 dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan, selain agensi kerajaan, pemain industri, pengurus dana, penganalisis,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post