PETALING JAYA – Maxis telah bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang, untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.
Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, melalui perkongsian tersebut, syarikat akan memanfaatkan binaan fibernya sendiri untuk memberikan pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik bagi pembangunan bercampur di Pulau Pinang serta Butterworth.
Ia juga akan mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap dalam 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman.
“Melalui rangkaian, keupayaan dan tawaran fiber kami yang menarik, terdapat peluang besar untuk perkhidmatan digital bagi lebih banyak kediaman serta perniagaan.
“Kesalinghubungan hari ini telah menjadi aspek penting dalam kehidupan dan kerja kita dan kami komited untuk membangunkan lebih banyak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: