Site icon Kool FM

Maxis manfaatkan Measat-3d untuk rangkaian menyeluruh


PETALING JAYA – Pelancaran satelit Measat-3d oleh MEASAT Global Berhad akan dimanfaatkan oleh syarikat telekomunikasi Maxis dalam mengembangkan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi menerusi penyelesaian Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Penyelesaian itu menggunakan kapasiti jalur lebar satelit untuk menyediakan rangkaian komunikasi yang pantas tanpa halangan geografi atau infrastruktur daratan dan sesuai untuk kawasan yang sangat terpencil serta lokasi sukar diakses.

Measat-3d melengkapi satelit Measat3a dan 3b untuk keperluan komunikasi teras dan meningkatkan kapasiti jalur lebar satelit sebanyak sepuluh kali ganda kepada 30 gigabit sesaat, membolehkan peningkatan kelajuan jalur lebar internet pelanggan daripada 30 megabit sesaat (Mbps) sehingga 100 Mbps.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, pihaknya telah melabur secara signifikan dalam pembinaan rangkaian menyeluruh selama lebih 25 tahun untuk memastikan semua rakyat Malaysia saling berhubung di mana jua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version