Mayat seorang bayi perempuan dilaporkan telah ditemui di dalam longkang berhampiran kebun durian Mukim 6, Pondok Upeh, Pulau Pinang semalam.
Menerusi laporan Harian Metro, keadaan bayi perempuan itu sangat menyayat hati kerana ditemukan dalam keadaan dikerumuni ikan dalam longkang berkenaan.
Baca juga: Mak Ayah ‘Pergi’ Akibat Covid-19, Lapan Beradik Jadi Yatim Piatu Dalam Masa 3 Hari
MAYAT BAYI DALAM LONGKANG, DIKERUMUNI IKAN
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mayat bayi malang berkenaan itu ditemukan pada 2.30 petang selepas menerima laporan doktor di Hospital Balik Pulau.
Tambahnya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: