Labuan: Mayat lelaki lengkap berpakaian dan sudah kembung ditemukan terapung di laut berhampiran Pulau Rusukan Kecil dekat sini, pagi hari ini.
Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan orang awam sebelum melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan pada 10.34 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Ghani berkata, pegawai penyiasat IPD Labuan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan ke lokasi untuk menjalankan…