PETALING JAYA – Maybank hari ini mengumumkan keputusan Datuk Seri Abdul Farid Alias bahawa beliau tidak akan membaharui kontraknya sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GPCEO) Maybank yang akan tamat pada 1 Ogos 2022.
Farid yang memegang jawatan itu sejak 2 Ogos 2013 telah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Maybank bahawa beliau ingin mengikuti minat peribadinya selepas berakhir penggal ketiganya sebagai GPCEO.
Proses untuk mengenal pasti GPCEO baharu Maybank telah bermula dan sedang dijalankan, diketuai oleh Lembaga Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, Farid akan terus menyelia pengurusan dan operasi Maybank sehingga penggantinya menyandang jawatan tersebut, bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar.
“Lembaga Pengarah kini sedang menjalankan proses semakan dan penilaian secara teliti untuk mengenal pasti pengganti yang sesuai, termasuk menilai calon dalaman
dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: