Site icon Kool FM

Maybank catat untung bersih RM2.17 bilion


PETALING JAYA – Maybank mencatat keuntungan bersih sebanyak RM2.17 bilion bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2022 (S3TK22) dengan pertumbuhan  28.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, pendapatan berasaskan dana dan fi juga direkodkan lebih tinggi serta pengurangan 25.2 peratus tahun ke tahun dalam kerugian rosot nilai bersih telah meningkatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) Kumpulan sebanyak 41.4 peratus  daripada tahun sebelumnya kepada RM3.21 bilion.

Pendapatan operasi bersih bagi suku tersebut meningkat sebanyak 20.6 peratus tahun ke tahun mencecah RM7.41 bilion.

“Ini didorong oleh pendapatan berasaskan fi bersih yang lebih tinggi sebanyak 48 peratus kepada RM2.12 bilion berbanding  RM1.43 bilion setahun sebelumnya dan peningkatan 12.2 peratus  dalam pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM5.30 bilion daripada RM4.72 bilion,” katanya. 

Selain itu, kos overhed meningkat kepada RM3.39…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version