“Sebagai pemberi nafkah tunggal kepada tujuh ahli keluarga, saya sentiasa mengutamakan pengurusan kewangan dengan bijak. Kemenangan RM1 juta ini umpama mimpi yang menjadi realiti, dan saya amat berterima kasih kepada Maybank atas peluang yang akan mengubah hidup saya ini.
“Aplikasi MAE adalah pilihan utama untuk semua keperluan perbankan saya, dan saya sering mengesyorkannya kepada rakan-rakan sekerja kerana ianya mudah untuk digunakan,” katanya.
Untuk Faizul, kemenangan ini merupakan peluang untuk menjamin masa depan keluarganya dan merealisasikan impian peribadinya. Sebahagian daripada kemenangannya akan digunakan untuk membiayai terapi khusus untuk anak autistiknya yang berusia lapan tahun, yang masih belum boleh bercakap.
“Terapi pertuturan sangat penting untuk anak saya, tetapi ia sangat mahal. Kemenangan ini memberi saya kemampuan untuk menyediakan penjagaan dan sumber terbaik mengikut keperluan khususnya,” jelasnya.
Selama lebih dua dekad, Maybank telah bersama Faizul…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
