Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MBSA Diperintah Bayar Ganti Rugi RM50,000 Kepada Pusat Refleksologi

today13 December 2023

Background
MBSA Diperintah Bayar Ganti Rugi RM50,000 Kepada Pusat Refleksologi


Mahkamah Tinggi memerintahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membayar ganti rugi am RM50,000 atas tindakan penguatkuasaan tanpa kebenaran yang diambil 12 tahun lalu terhadap syarikat yang menyediakan perkhidmatan refleksologi dan aromaterapi, lapor Free Malaysia Today.

Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali, yang ditugaskan untuk menjalankan penilaian ganti rugi selepas MBSA kalah dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 2017, bagaimanapun, menolak tuntutan Only One Foot Reflexology Sdn Bhd untuk ganti rugi khas.

Artikel Berkaitan:

Jamhirah berkata syarikat itu juga berhak mendapat faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman yang dikira dari semalam sehingga tarikh ia dibayar sepenuhnya.

Jamhirah turut menganugerahkan kos RM10,000 kepada syarikat itu.

Peguam R Kengadharan mewakili syarikat itu manakala peguam Azmer Saad dan Nur Zalikha Noor Kashfi mewakili MBSA.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 21 Dis 2011, syarikat itu berkata ia telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post