Site icon Kool FM

MBSA Perkenal Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’, Kini Dibuka Untuk Orang Ramai


Taman rekreasi ini telah dinamakan Catopia Shah Alam yang memberikan pelbagai aktiviti menarik buat kucing anda.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, Catopia Shah Alam menyediakan pengalaman yang unik kepada pemilik kucing khususnya dalam kalangan penduduk Shah Alam.

“Catopia Shah Alam dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap hari bermula 5 Julai sehingga 31 Disember dari jam 10 pagi sehingga 7 Malam dan boleh memuatkan sehingga 20 ekor kucing pada satu masa.

“Pembinaan Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ ini adalah inisiatif pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam komuniti di Shah Alam berkaitan pemilikan haiwan peliharaan dengan bertanggungjawab.

“Ia juga sebagai platform oleh MBSA untuk bersama mendidik dan memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada orang ramai terhadap kepentingan kesejahteraan haiwan dalam mewujudkan keseimbangan ekosistem,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah beliau, Catopia Shah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version