PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah melancarkan GET (Global Easy Transfer) iaitu sebuah perkhidmatan kiriman wang antarabangsa yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Wise.
Pelancaran itu membolehkan MBSB Bank insitusi kewangan pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Wise Platform, iaitu infrastruktur global yang digunakan oleh bank dan perusahaan di seluruh dunia.
Menerusi kerjasama itu, pelanggan kini boleh menghantar wang ke luar negara dengan lebih mudah, pantas dan telus terus dari aplikasi perbankan runcit M Journey.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Rafe Haneef berkata, perkhidmatan GET diwujudkan bagi mengatasi masalah seperti caj tersembunyi, masa pemprosesan yang lambat, kadar pertukaran tidak jelas, dan kekurangan ketelusan dalam proses pemindahan.
Jelasnya, fasa pertama menawarkan kiriman wang melibatkan 12 mata wang utama, termasuk Dolar Amerika (USD), Pound Sterling (GBP), Euro (EUR), Dolar Singapura (SGD), Rupiah Indonesia (IDR),…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: