
PETALING JAYA – MBSB Bank Berhad hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Utara Semenanjung menerusi komitmen pembiayaan berjumlah RM1 bilion serta penyediaan penyelesaian kewangan Islam komprehensif.
Merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, NCER antara wilayah ekonomi yang berkembang paling pesat di Malaysia dengan menarik pelaburan domestik dan asing signifikan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), pembuatan termaju, logistik, agroperniagaan serta ekonomi digital.
Seiring dengan perkembangan ini, MBSB Bank terus memperkukuh peranan sebagai rakan kewangan strategik dengan menyediakan penyelesaian pembiayaan yang membolehkan perniagaan berkembang, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.
Ia merangkumi pembiayaan projek dan perniagaan, akaun operasi dan eskrow, pengurusan tunai, pembiayaan perdagangan, penyelesaian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
