PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengumumkan pihaknya telah menyelesaikan pemerolehan keseluruhan kepentingan ekuiti Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Pertimbangan pembelian berjumlah RM1.01 bilion itu diselesaikan dengan terbitan 1.05 bilion saham MBSB baharu pada RM0.9652 sesaham (Saham Pertimbangan Akhir), yang telah diperuntukkan kepada PNB pada 2 Oktober 2023.
Melalui penggabungan tersebut, MIDF kini merupakan anak syarikat milik penuh MBSB dan PNB muncul sebagai pemegang saham utama MBSB dengan pegangan ekuiti sebanyak 12.78 peratus.
Pada masa sama, pegangan saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam MBSB dikurangkan daripada 65.78 peratus kepada 57.45 peratus.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef, penggabungan tersebut mewujudkan Kumpulan yang diperbesarkan dengan daya tahan kewangan lebih baik, kapasiti lebih kukuh melalui kunci kira-kira lebih besar,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
