Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MBSB sasar RM1 bilion pembiayaan FSA2

today28 June 2023

Background


PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyasarkan pembiayaan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah kepada RM1 bilion  sehingga bulan Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, permohonan fasa pertama FSA2 KWSP itu telah dibuka sejak April lalu dan sehingga kini nilai pembiayaannya telah mencecah kira-kira RM970 juta.

“Pada masa ini, kita melaksanakan beberapa proses berkaitan yang melibatkan pelanggan  dan berharap kita berjaya mencapai RM1 bilion pembiayaan tersebut pada akhir bulan ini.

“Bagi fasa dua FSA2 KWSP pula, kita sedang berusaha untuk melaksanakannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MBSB di ibu pejabatnya di sini semalam.

Permohonan FSA2 bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi hanya boleh dibuat menerusi dua institusi kewangan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank.

FSA2 dilaksanakan dalam dua…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SITI A'ISYAH SUKAIMI


Previous post

Ekonomi

Milo anjur forum Sukan Ibarat Guru Hebat

Milo, salah satu jenama keluaran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle)  telah menerajui pelbagai inisiatif dan program sukan yang memberi tumpuan terhadap usaha menyemai nilai-nilai penting dalam kehidupan masyarakat sepanjang hayat serta boleh membantu kanak-kanak berkembang maju serta melangkah jauh dalam menunaikan  tanggungjawab yang bakal dipikul dalam hidup mereka.

today28 June 2023