PETALING JAYA – Kumpulan MBSB menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada perusahaan tempatan yang menceburi sektor aeroangkasa.
Kemudahan tersebut adalah untuk menyokong misi kebangsaan dalam Pelan Induk Industri Aeroangkasa 2030 yang diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan juga agensi NAICO untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia menjadi hab utama aeroangkasa di Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe Haneef berkata, pembiayaan tersebut disediakan melalui MBSB Bank dan juga kemudahan kewangan MIDF.
Dana tersebut dikhususkan kepada pembekal OEM Tier 1 dan Tier 2, pengeluar, penyedia MRO dan juga syarikat terbabit dalam aeroangkasa melabur dalam pelan pengembangan, automasi, kejuruteraan, kajian dan pembangunan serta pembangunan sumber manusia.
“Kemudahan kewangan bernilai RM1 bilion itu dibangunkan untuk meningkatkan impak dengan menyokong pemain dan juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam bidang perkilangan, rekaan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
