Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MBSJ Muncul Juara Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026

today24 January 2026

Background
MBSJ


Skuad Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) muncul juara Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 selepas menewaskan Perdana BTR 2-1 pada aksi final di Arena Futsal FAM, petang tadi.

Kejayaan manis itu hadir secara dramatik apabila jaringan kemenangan hadir ketika aksi berbaki 20 saat, sekali gus mencetuskan pesta kemenangan buat skuad kendalian Mohd Fairuz Mohd Noor.

MBSJ seharusnya menang dengan defisit lebih besar tetapi ketangkasan penjaga gol Perdana BTR, Asma Junaidi membuatkan mereka terpaksa menanti hingga ke saat akhir.

Ia jelas dibuktikan dengan tekanan hebat diberikan MBSJ pada awal babak pertama sering kali mengancam kubu Perdana BTR.

MBSJ Muncul Juara Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026
Kapten Perdana BTR, Nur Lyana Soberi dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan. Kredit Foto: FAM

Keadaan yang memaksa Asma bekerja keras dalam usaha menafikan deretan percubaan yang dijelmakan MBSJ.

Lima percubaan dilancarkan ke arah gawang Perdana BTR pada lima minit awal tetapi Asma kental bertahan dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Negeri Sembilan kekalkan kejuaraan Piala Agong

Seremban: Pasukan bola keranjang lelaki Negeri Sembilan terus melakar sejarah apabila berjaya mempertahankan kejuaraan buat tahun kelapan berturut-turut selepas menewaskan Johor, 79-64, di pentas final Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong Edisi Ke-65 2025, yang berlangsung di Karisma Arena di sini, lewat petang tadi.

today24 January 2026