McDonald’s, gergasi rangkaian makanan segera dari Amerika Syarikat, menghadapi kekalahan dalam pertempuran undang-undang panjang terhadap rangkaian makanan segera Ireland, Supermac’s, lapor AP News.
Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah memutuskan bahawa McDonald’s tidak boleh lagi menggunakan nama “Big Mac” untuk burger ayamnya, Chicken Big Mac, di Kesatuan Eropah.

Pertarungan mahkamah ini bermula pada 2017 apabila Supermac’s mencabar penggunaan eksklusif tanda dagangan “Big Mac” oleh McDonald’s di Kesatuan Eropah.
Agensi Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) pada mulanya menyokong Supermac’s, tetapi keputusan itu dibatalkan selepas McDonald’s membuat rayuan.
Namun, pada hari Rabu, Mahkamah Tinggi yang terletak di Luxembourg memutuskan untuk mengubah keputusan EUIPO tersebut.
Mahkamah menyatakan bahawa McDonald’s tidak dapat membuktikan penggunaan tulen tanda dagangan “Big Mac” bagi produk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
