IPOH – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pertukaran MoU antara dua pihak itu bukan sahaja memudahkan pelaksanaan program bandar pintar di Ipoh malah menjadi permulaan positif kepada usaha pemerkasaan bandar pintar yang bakal memberi manfaat kepada penduduk.
“Kerjasama strategik ini bermatlamat untuk memperkukuhkan kerjasama antara MCMC dan DPCH dalam meningkatkan infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau.
“Di bawah MoU ini, liputan internet di Perak akan ditambah baik bagi menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang dipersetujui,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perak Economic Outlook…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: