PETALING JAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah membuka permohonan untuk tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG) 2024/2025, Geran Pemangkin Digital Malaysia (MDCG) dan Geran Eksport Digital Malaysia (MDXG).
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, geran-geran tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan Madani untuk meningkatkan ekonomi digital Malaysia.
“DCG memainkan peranan penting sejak 2016 dalam menyokong syarikat kandungan kreatif Malaysia, membolehkan pembangunan, pengeluaran, dan pengkomersialan kandungan digital merentas pelbagai sektor, termasuk animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.
“Geran ini terdiri daripada tiga jenis geran berbeza iaitu Geran Mini, Geran Perdana, dan Geran Pemasaran dan Pengkomersialan yang ditujukan kepada pelbagai pengeluaran kandungan digital.
“Selain itu, MDCG menawarkan sehingga RM1 juta atau 50 peratus daripada kos projek, yang mana lebih rendah, untuk memacu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: