Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MDEC sasar latih sejuta usahawan digital

today11 March 2024

Background


GEORGE TOWN – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan untuk melatih sekurang-kurangnya sejuta usahawan dalam bidang ekonomi digital pada tahun ini.

Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan sejak 2015 hingga kini, MDEC telah berjaya melatih seramai 563,543 usahawan dengan jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion menerusi program e-usahawan di seluruh negara.

“Kita letakkan sasaran satu juta usahawan ekonomi digital menjelang hujung tahun ini supaya lebih ramai lagi usahawan dapat menjadi pelatih dalam bidang ekonomi digital.

”Kalau kita kira dari segi penyertaan itu memang banyak, kita yakin dengan kerjasama semua pihak jumlah yang disasarkan ini berjaya dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Jelajah Saya Digital (JSD) @ Pulau Pinang, di sini semalam.

Menurut Syed Ibrahim, di Pulau Pinang sahaja, seramai 18,720 usahawan telah mengambil peluang menerusi program e-usahawan itu dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI


Previous post