PETALING JAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan 3,000 peserta hadir pada Persidangan Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2024 yang akan berlangsung selama dua hari bermula 24 Oktober ini.
Ketua Komunikasi Korporat MDEC, Norazlin Hassan berkata, persidangan yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, bakal menemukan pelbagai wakil syarikat, perusahaan, profesional, pemain dalam bidang digital dari dalam dan luar negara.
Menurut beliau, anjuran bersama Synapze Sdn Bhd sebagai rakan strategik itu juga
dijangka mengubah landskap digital negara dengan menampilkan teknologi terkini yang membentuk kehidupan, pekerjaan dan cara interaksi masyarakat kini.
“Kami akan memfokuskan kepada lima teras utama yang dapat memajukan ekonomi digital tempatan iaitu Data Trust, Next Gen Computing, Computer Vision, Metaverse dan Digital Twins.
“Persidangan ini juga akan membincangkan tentang kemampuan teknologi terkini dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
