Site icon Kool FM

MDX Summit, SmartGov Malaysia 2025 sasar 5,000 pengunjung


PETALING JAYA – Kira-kira 5,000 pengunjung dijangka menyertai Malaysia Digital Xceleration (MDX) Summit 2025 dan SmartGov Malaysia 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) September ini.

Pameran dan persidangan yang akan diadakan selama tiga hari bermula 17 September itu adalah anjuran bersama Jabatan Digital Negara (JDN) dengan kerjasama strategik Synapze Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, penganjuran edisi ketiga MDX Summit dan edisi sulung SmartGov Malaysia bakal memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju digital ASEAN.

Jelasnya, penganjuran kali ini turut memberi penekanan kepada teknologi peralatan baharu dan impaknya terhadap kehidupan harian masyarakat.

“MDX Summit 2025 merupakan penganjuran tahun ketiga dan sentiasa berbeza kerana menampilkan teknologi baharu. Tahun ini, fokus diberikan kepada bagaimana alat baharu ini menjadikan hidup lebih produktif dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version