PETALING JAYA – Pengendali satelit utama negara, Measat berhasrat untuk menghubungkan tiga hingga lima peratus populasi terakhir di pedalaman yang masih tidak memiliki atau berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses internet dengan kemudahan jalur lebar CONNECTme NOW.
Ketua Pegawai Operasinya, Yau Chyong Lim berkata, peratusan tersebut melibatkan kira-kira 1.6 juta penduduk Malaysia.
Jelasnya, Measat berada di posisi terbaik untuk menyediakan kemudahan berkenaan kerana sifat teknologi satelit yang membolehkan penyediaan internet di kawasan pedalaman pada kos lebih rendah berbanding penggunaan jaringan gentian optik atau capaian rangkaian 4G.
“Kami berbangga kerana telah berjaya memasang lebih daripada 2,000 tapak CONNECTme NOW terutamanya di kawasan pedalaman seluruh negara, termasuk 1,183 di Sarawak dan 243 di Sabah bagi menyediakan lebih daripada 200,000 sambungan jalur lebar pada kelajuan 30 megabait sesaat (Mbps).
“Kami berharap untuk meningkatkan jumlah tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: