Site icon Kool FM

Media Thailand Anggap Pasukan Sepak Takraw Malaysia Rosakkan ‘Parti 100 Emas Tuan Rumah

Thailand


Peminat dan media sukan Thailand menyifatkan kekalahan pasukan sepak takraw lelaki mereka di tangan Malaysia sebagai merencatkan keraikan 100 pingat emas negara itu.

Thailand sudah melepasi angka 100 pingat emas dalam Sukan SEA 2025 yang dianjurkan di negara mereka.

Namun semalam skuad sepak takraw mereka dikalahkan oleh Malaysia di halaman mereka sendiri.

Kekalahan mengejut kepada musuh tradisi, Malaysia, dalam final acara berpasukan sepak takraw lelaki — satu kekalahan yang menamatkan dominasi tuan rumah selama 34 tahun dalam sukan itu pada hari mereka meraikan pesta 100 emas.

Lantas peminat menganggap Malaysia berjaya merosakkan sedikit kegembiraan Thailand pada kali ini memandangkan Malaysia adalah musuh tradisi dan sepak takraw antara sukan terpenting dalam arena sukan di negara itu.

Thailand sudah mengumumkan mereka mensasarkan 200 pingat emas di halaman sendiri dan kini – setakat artikel ini ditulis – tuan rumah sudah merangkul lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version