PETALING JAYA – Arwaa Food Enterprise (Arwaa Food), pengeluar produk yang popular dan tular di media sosial, Mee Kari Opah berkeyakinan jualan makanan tersebut bertambah kepada dua hingga tiga kali ganda pada tahun ini ekoran permintaan pasaran yang terus bertambah daripada para peminatnya.
Ini dilihat daripada rekod kejayaan syarikat pada pertengahan bulan lalu apabila produk Mee Kari Opah berjaya mencatat jualan sehingga 15,000 kotak dalam masa sejam sahaja melalui platform media sosial.
Mee Kari Opah yang telah dibangunkan melalui kajian dan pembangunan lebih daripada enam bulan itu ditawarkan pada harga RM19.90 sekotak yang mana di dalam kotak tersebut mengandungi lima paket mi.
Pengasas bersama syarikat, Hadi Kaderi berkata, berbanding jualan pada hari biasa, ia adalah sebanyak 1,000 hingga 2,000 kotak sehari.
Menurut beliau, faktor keunikan mi tarik yang dihasilkan dengan campuran kurma, kismis dan saffron itu menjadikannya sebagai makanan sihat serta gabungan kuah kari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: